Saturday, 31 March 2012

KBW6069 : Scooter Biru cair

Dalam perjalanan ke Jalan Kelang Lama. Tersangkut jap kat simpang 4 dek trafik light warna merah. Simpang 4 ini terkenal dengan nyalaan lampu merah yang agak lama. Motor aku berhentikan di kanan jalan, kaki tenggek atas divider. Panas ler plak.

"Bang tumpang tanya bang"

Aku menoleh. Mamat dengan scooter biru cair. 

"Jalan nak ke Selayang mana bang?"

Aku pun bagi arahan. Ala-kadar aku bagitau dia "Jauh lagi ni bro, dari mana?"

"Kedah..."

"Jauhnya! Brapa jam?"

"9 jam bang, 4 kali berenti"

"Dari jalan Duta tadi ko patut masuk kiri, terus naik Selayang"

"Tu ler bang, terlepas tadi. Loro kawan saya rosak kat Pasar Borong..."

Kawan punya pasal dia sanggup turun dari Kedah naik scooter biru cair plat KBW6069!

Atie masuk Kadet Remaja

Aktif sungguh si kecik ni. Hampir sebulan dia berlatih berkawad. Tadi baju kadet remaja kepunyaan Aiziq telah di alter sepenuhnya mengikut saiz Atie. Kena RM28. Siap beli kelengkapan atau aksesori pelbagai. Cuma boot ajer yang belum beli, katanya dia kan pinjam dari kawan dia. Boot tu pun dalam RM70 jugak.

Aku dulu masa sekolah rendah pernah gak masuk pasukan beruniform ni. Aku masuk Pengakap atau Scout. baju kelabu seluar biru. Topi, tali pinggang, tali, pisau, kasut, stokin etc.

Sampai ke sekolah menengah hingga Form 2 aku masih lagi join. tapi tak bertahan lama sebab minat aku lebih kepada bola dan melepak di Ketapang. Lagi pun aku sorang ajer yang dalam klik aku join Pengakap, yang lain budak-budak baik ajer.

Monday, 19 March 2012

Aizat : Hanya Kau Yang Mampu (Akustik)


ku cuba redakan relung hati, bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan, bebas bermain di hatiku
cerita tentang masa lalu, cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan, kau abadi di dalam hatiku

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi, membuat ku terpuruk rasa ingin mati
derita yang mendera kapan akan berakhir, hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
cerita tentang masa lalu, cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan, kau abadi di dalam hatiku

aku cinta, aku cinta

Friday, 16 March 2012

Qaleda dengan Jadual Waktunya

Dari awal tahun aritu, baru siap Jadual Waktu kelas 2 Gigih. Aku bagi idea. Atie buat bintang yang kecik-kecik tu.

Lately ni, Fatty mesti masuk rumah bila saja aku balik kerja. Fatty akan tunggu aku buat bola dari kertas. Itu adalah kesukaannya sejak dari kecil lagi.

Tuesday, 13 March 2012

Jam 3 pagi

Aku nak menulis pasal HATI / HEART atau bahasa glamernya mungkin LOVE.

Bak kata pujangga 'Cinta Itu Buta'. Ada benarnya, sebab kerana cintalah kita lupa pada segala-galanya. Kita mudah jadi BUTA HATI. Sanggup lakukan apa saja demi cinta. yang baik mahu pun yang buruk. Konon-kononnya sebagai bukti kepada cinta kita!

Berbillion-billion manusia di dunia ni pernah jatuh cinta. Tak kira ler cinta monyet atau cinta pandang pertama. Pada aku cinta memang indah dan amat membahagiakan. Senyuman sentiasa terukir di bibir dan adakalanya senyum sorang-sorang. Angau! Rindu yang teramat sangat!

Walau banyak mana pun kita pernah jatuh cinta pasti ada satu yang paling dekat di hati kita. Bak kata pujangga 'Cinta Tak Semestinya Bersatu'. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Yang penting cinta yang satu itu pasti akan kita ingati sampai bila-bila. Sesekali bila kisah cinta yang satu itu menjelma, kita pasti tersenyum.

notakaki: tiada lagi cinta...

Mentari esok

Masa lalu jadi debu
masa kini adalah segalanya
esok belum pasti mata terbuka
hingga terlena, entah jam berapa?
hadirnya mentari esok
insyaAllah

Dia kata Tabin.. Aku jawab Tabin?

Pertama kali aku dengar pasal Tabin ni. Rupanya hutan simpan. Lebih di kenali dengan nama Tabin Wildlife Resort / Reserve.

Terletak lebih kurang 48 km dari Pekan Lahad Datu. Dari beberapa blog yang aku tengok, tempat ni agak jauh dan perlu kenderaan 4WD. Resort yang menarik dan ramai pelancung luar negara. Salah satu daya tarikan pelancung ke Sabah.

Aku pun bukannya jenis adventure sangat. Dulu masa sekolah ada gak join pengakap tapi takat join ajer, APA PUN TAK BULEH!

Monday, 12 March 2012

Kawan Baru dari Lahad Datu, Sabah

Melalui FrenClub aku dapat kawan baru dari Lahad Datu. Lebih tepat lagi dari Felda Bandar Sahabat.

Perkataan 'Lahad Datu' berasal dari bahasa Bajau, iaitu 'Lahad' bererti tempat dan 'Datu' membawa makna orang-orang kenamaan pada zaman dahulu. tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-Datu dari Kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.

Sedikit ringkasan mengenai Felda Bandar Sahabat :

Di bangunkan pada tahun 1982/83 dan terletak kira-kira 550 km ke Timur bandar Kota Kinabalu dan bandar terdekat adalah Lahad Datu iaitu lebih kurang 105 km.

Keluasannya ialah 1,182.24 hektar. Pada tahun 1985, seramai 188 keluarga dengan 22 suku kaum telah di tempatkan di sini sebagai peneroka. Setiap keluarga di peruntukkan kawasan tanah pertanian seluas 5.550 hektar atau 14 ekar dan lot untuk rumah kediaman seluas 0.101 hektar atau suku ekar. Sebelum memasuki tanah rancangan Felda, kebanyakan para peneroka bekerja sebagai nelayan dan petani.

Mempunyai kepadatan penduduk seramai 4,570 orang, terletak dalam Parlimen P.188 Silam dan DUN N.49 Tungku.

- source dari blog myblogsahabatsetiafelda

Parking di Sg Wang Plaza

Desktop ofis di serang virus lagi. Menurut kat Korie dari Runstone mungkin konflik antara dua anti-virus ataupun ada lagi virus yang hidden dalam file E walaupun file C dah reformat.

Seperti biasa tanggungjawab aku pi hantar desktop ke Runstone kat tingkat 2 di Plaza Low Yat. Oleh kerana nak jimat tenaga untuk menapak dengan membawa desktop, aku pun parking kat Sg Wang Plaza. Parking rate dia 1st 2 hours RM4.00, seterusnya RM1 per hour.

Aku kena RM5 untuk parking selama 15 minit. Bayar aje ler sebab kita dah guna kemudahan tempat tu. Satu pengajaran yang amat berharga. Next time, parking kat tempat yang RM3 iaitu disebelah Imbi Plaza. Open parking dan nak exit pun senang. Nak yang lagi okay bawa rakan yang boleh drive. Drop aje kat entrance, pastu rakan tadi ambil alih stereng dan buat pusingan mengelilingi Low Yat atau park kat mana-mana yang berkenaan. 

Sunday, 11 March 2012

Pak Tam Hashim

Pada jam 10.00 malam, ayah menerima panggilan dari Mak Cik Bibah. Pak Tam Hashim meninggal dunia lepas Asar tadi. Arwah telah lama dalam keadaan koma. Rumah arwah di Taman Melati Gombak.

Semuga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah... 

Thursday, 8 March 2012

Estranged : Baru (First Single in 2012)

Music Video Director : Nadiah Hamzah
Director of Photography : Wan Chun Hung 
Production : Wayang Works


LIRIK

kamulah impian aku, bernyala sering terpaku
apabila musnah dibuatku, ku salin mengikut sifatmu
sempurna kita membinanya, sejati cantik biasa
tak terhenti detak hatimu, yang terbaru dari hajatmu

tak perlu ku cari beribu, ku akui kamu yang satu, kau buat ku rasa baru
hasratku hanyalah untukmu percaya kepada aku sama kamu

pantas kau senyum dengan perlahan, lambat kau lihat sambil berjalan
fikiran menembusi aku, menolak ku ke arah kamu
sengaja ku lepas tangan, sebab ku tau kau akan sambutkan
senang ku hidupkan lampu itu, susah kita padamkan cinta ini

Wednesday, 7 March 2012

Cantik sudah blog aku!

Akhirnya berjaya juga meng'edit' blog dari warna hitam ke putih. Ada header image. Gambar yang aku ambil dari beranda rumah Amai di Cheras Baru. Slowly aku akan tambah lagi gadget yang patut plus artikel dan jurnal yang aku rasa menarik. Juga mengenai perjalanan hidup aku sehari-hari. Al-maklum usia pun semakin meningkat. Hakikatnya usia tidak pernah menurun sejak azali.

Bersyukur ke atas apa yang diberi olehNYA!

Monday, 5 March 2012

Sai / Sakura / Naruto (251-275)

Layan episod baru. Ahli kumpulan Kakashi yang baru. Sai mengambil tempat Sasuke dan Yamato mengambil tempat Kakashi sebagai Kapten.

Misi kali ini adalah untuk menangkap pemberi maklumat Sasori dan untuk menyelamatkan Sasuke daripada Orochimaru. Manakala Sai pula mempunyai misi tersendiri. 

Qaleda : Watikah Perlantikan Pengawas 2012

Malam tadi Qaleda dan Atie overnight. Qaleda sibuk menyiapkan tugasan Jadual Waktu kelas 2 Gigih. Aku membantu apa yang patut.

Pagi dia keluar awal ke sekolah, ada perlantikan Pengawas sekolah. Qaleda terpilih sebagai Pengawas sekolah sesi 2012. Alasan dia nak jadi pengawas adalah kerana pengawas dibenarkan membawa handphone ke sekolah.

Atie masa darjah 6 dah jadi pengawas sekolah. Qaleda pula mempunyai pengalaman sebagai Pengawas perpustakaan semasa di darjah 6 dulu. 

Kondisi Mak : Keluar Wad

Aku amik half-day arini. Siap semua tugasan BM aku balik rumah tapi terlelap. Jam 6.00 petang bergegas ke HUKM. Mak dah siap nak balik. 

Ayah ke kaunter pembayaran. Agak ramai juga yang beratur nak buat bayaran. 

Lepas serah surat discaj, kerani pun buat pengiraan dengan diskaun 50% untuk warga emas.

Jumlah yang perlu dibayar: RM1,150.50


RM112.50 Caj rawatan
RM225.00 Caj wad (Masuk 20/02/2012. Keluar 05/03/2012)
RM055.00 Radiologi
RM020.00 Ubat
RM739.00 Ujian Makmal

Sunday, 4 March 2012

Asap Luffman

My Workplace

Salam. 

Ni ler keadaannya meja kerja aku sebelum memiliki Lenovo. Hasrat di hati nak mulakan projek menulis novel. Hingga kini masih dalam stage 0.5/10. Amat jauh lagi.

Thursday, 1 March 2012

Sakura vs Sasori (226-250)

Semalam dok layan pertarungan Sakura dan Sasori. Tak sangka aku yang Sakura memang power! Sakura pula merupakan Ninja Perubatan, anak didik Tsunade. Dengan bantuan Nenek Chiyo, Sasori dapat ditewaskan. Tragis gak kisah Sasori ni. 

Sasori, cucu kepada Nenek Chiyo, seorang anak yatim piatu yang kehilangan ayah dan ibu yang tewas ditangan bapa Kakashi. Nenek Chiyo membesarkan Sasori di Kampung Pasir. Nenek Chiyo seorang yang pakar membuat dan mengendalikan boneka.

Nenek Chiyo menurunkan ilmu boneka kepada Sasori. Kerana terlalu rindukan ayah dan ibunya, Sasori telah membuat boneka ayah dan ibunya sendiri. Sasori kemudian menghilangkan diri dan menjadi ahli kumpulan Akatsuki. Akhir Sasori mati di pangkuan boneka ayah dan ibunya. 

Siri DVD Naruto yang ada dalam simpanan aku setakat ni bermula dari 1-150 dan 226-250. Slowly, coming soon aku akan cuba lengkapkan koleksi Naruto aku ni. Kenapa aku meminati siri Naruto ni? Akan aku ceritakan pada kesempatan yang akan datang.

Will on DVD

Will, the movie about an orphaned Liverpool fan who journeys across Europe to see his team play in the 2005 Champions League Final in Istanbul.

The film stars, Steven Gerrard, Jamie Carragher and Kenny Daglish, as well as actors Perry Eggleton, Damian Lewis, Bob Hoskins and Alice Krige.

"Eleven year old Will Brennan's life is turned upside down when his long-absent father reappears with tickets to the 2005 Champions League Final in Istanbul. But when fate intervenes, Will runs away to Istanbul for the biggest soccer match of the year, searching for meaning in a world that seems to have abandoned him".