Desktop ofis di serang virus lagi. Menurut kat Korie dari Runstone mungkin konflik antara dua anti-virus ataupun ada lagi virus yang hidden dalam file E walaupun file C dah reformat.
Seperti biasa tanggungjawab aku pi hantar desktop ke Runstone kat tingkat 2 di Plaza Low Yat. Oleh kerana nak jimat tenaga untuk menapak dengan membawa desktop, aku pun parking kat Sg Wang Plaza. Parking rate dia 1st 2 hours RM4.00, seterusnya RM1 per hour.
Aku kena RM5 untuk parking selama 15 minit. Bayar aje ler sebab kita dah guna kemudahan tempat tu. Satu pengajaran yang amat berharga. Next time, parking kat tempat yang RM3 iaitu disebelah Imbi Plaza. Open parking dan nak exit pun senang. Nak yang lagi okay bawa rakan yang boleh drive. Drop aje kat entrance, pastu rakan tadi ambil alih stereng dan buat pusingan mengelilingi Low Yat atau park kat mana-mana yang berkenaan.

No comments:
Post a Comment