Thursday, 12 April 2012

Agong & Tsunami



11 April 2012 : Cuti sempena Pertabalan Agong yang ke-14. Tuanku Abdul Halim, Sultan Kedah. Yang aku ingat masa budak-budak dulu Tuanku juga pernah menjadi Agong. 

Satu sejarah buat Malaysia.

Pada kali pertama Tuanku Abdul Halim di lantik menjadi Agong, Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri dan pada kali kedua pula Perdana menteri Malaysia ialah Datuk Seri Najib. Suratan atau kebetulan?

Pada hari yang sama juga, dunia telah di gemparkan dengan kemungkinan berlakunya Tsunami sepertimana pada tahun 2004. Semua negara bersedia menghadapinya termasuk Malaysia. Syukur kerana Tsunami tidak terjadi kerana pergerakan tanah di bawah laut tidak sepertimana pada tahun 2004. 



Monday, 9 April 2012

Carlos Santana FB

Change your way of seeing things
and you change the energy of your life

Example:
Burden - job - task chore = Negative
Divine opportunity = Positive

Negative = drain, deplete, robs you of zest vitality
Positive = increases drive enthusiasm excitement

Find your won, where you are, who you are
Change your inner perception and outer dispositon

A winner is a winner even when you lose
A loser is a loser even when you win

Peace
by Carlos

Paling tidak

Paling tidak minda akan berkata
tutup semua cerita lama
mulakan kisah baru
biar sejauhmana pun perjalanan kita
paling tidak destinasinya sudah pasti
syurga atau neraka
bahagia atau derita
miskin atau kaya

Minggu bersama Kids

Minggu ini juga kids terpaksa menetap di BTR selama 2 minggu kerana mama mereka ke Umrah buat kali kedua. Aku tak ambik pot pasal Mama mereka, aku cuma menjalankan tugas menjaga kids sahaja. 

Bak kata Ismail malam semalam: Don't look back tapi kenyataannya di bantah oleh Din. Akhirnya Ismail akur dan aku juga berpendapat yang sama dengan Din, sesekali kita perlu melihat ke belakang dan mengambil pengajaran dan pengalaman yang ada. Seterusnya kita melangkah ke depan dan terus melangkah dan terus melangkah.

Kata Din lagi: Dalam usia forty (40) series ni, kehidupan bermula semula dan jika di terjebak, masa untuk kembali agak terhad. Sepertimana pengalaman aku sendiri, memasuki usia 40 pelbagai suka duka aku lalui. Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Laksamana Sunan pernah berkata: Mati itu pasti, hidup InsyaALLAH...

Aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi sahabat kepada kids.

CRS : Teh Tarik

Biasanya CRS Teh Tarik di adakan pada setiap minggu bulan pertama hari Jumaat. Tapi pada bulan April ni telah di ubah kepada hari Sabtu. Pada mulanya respon agak okay tapi yang hadir hanya regular faces; Din, Komando, Jamil, Amai, Kamal dan unusual face; Ismail.

Namu seperti biasanya ianya tetap meriah; happy.

Friday, 6 April 2012

Inokom MD Elantra 2012



Minggu pelancaran Hyundai Elantra bermula pada 6 - 15 April 2012. Dari jam 9.00 am ke 9.00 pm. Pada hari pertama Nizar dapat booking Sonata. Pada hari kedua Calvin dapat 5 booking Elantra, semua dari kaum dia. Hari ketiga, hari Ahad aku tak ke ofis.

Hyundai / Inokom Elantra adalah jenis C segment yang sama dengan Toyota Altis dan Honda Civic. Di keluarkan dengan 4 model iaitu 1.6 Manual, 1.6 Auto Standard, 1.6 Auto High-Spec dan 1.8 Auto Premium.

Tuesday, 3 April 2012

Hakikat kehidupan

Lebih dingin hati dari salju
biar mentari tegak mendongak
bukan menangisi masa silam
hanya mengerti hakikat

Selamat Pengantin Baru : Razis & Linda


Majlis berlangsung di Dewan Komuniti Pantai Hillpark. Besar sungguh dewan ni. Ruang parking pun banyak. Ada kolam renang plak tu. Pentas pun besar. Air-Cond lagi!. Cuma kipas dinding saja yang takde. Buatnya air-cond rosak gelabah juga.


Ramai sanak saudara yang hadir. Teh Yun dan Mak Ndak awal lagi dah sampai dari Sungai Labu dengan Zana dan Amirul. 

Keluarga Abang Wahab atau Usop (nama sebenar) memang ramai. Keluarga Mak Cik Bibah pun ramai juga. Ini adalah kenduri pertama yang di buat secara besar-besaran. Memang best, Kak N dan Abang Lan dari Kemaman pun turun.


Tok Cik pun sampai juga dengan anak cucu dia dari Gombak. Tok Cik merupakan bapa saudara ayah yang paling bongsu. Semakin uzur dan tetap bersemangat untuk memeriahkan majlis.


Jejaka Kemeja Petak : Farhan, Hazlami, Sopi, Alin dan Leman


Cousins dari Ipoh

Sunday, 1 April 2012

Keras Hati

Meniti perjalanan 2012
bulan empat namanya April
hati masih beku bagai salji bulan Disember

Seribu satu rasa yang hampir meletop. KabaBoom! Sabar tetap sabar. Demi mencari rezeki dan mengotakan kehendak kids. Rasa ingin lari sejauh mungkin dan meninggalkan segalanya. Namun hati masih beku. Hati masih keras. Sehingga tiba saat itu, segalanya pasti berubah..

Saturday, 31 March 2012

KBW6069 : Scooter Biru cair

Dalam perjalanan ke Jalan Kelang Lama. Tersangkut jap kat simpang 4 dek trafik light warna merah. Simpang 4 ini terkenal dengan nyalaan lampu merah yang agak lama. Motor aku berhentikan di kanan jalan, kaki tenggek atas divider. Panas ler plak.

"Bang tumpang tanya bang"

Aku menoleh. Mamat dengan scooter biru cair. 

"Jalan nak ke Selayang mana bang?"

Aku pun bagi arahan. Ala-kadar aku bagitau dia "Jauh lagi ni bro, dari mana?"

"Kedah..."

"Jauhnya! Brapa jam?"

"9 jam bang, 4 kali berenti"

"Dari jalan Duta tadi ko patut masuk kiri, terus naik Selayang"

"Tu ler bang, terlepas tadi. Loro kawan saya rosak kat Pasar Borong..."

Kawan punya pasal dia sanggup turun dari Kedah naik scooter biru cair plat KBW6069!

Atie masuk Kadet Remaja

Aktif sungguh si kecik ni. Hampir sebulan dia berlatih berkawad. Tadi baju kadet remaja kepunyaan Aiziq telah di alter sepenuhnya mengikut saiz Atie. Kena RM28. Siap beli kelengkapan atau aksesori pelbagai. Cuma boot ajer yang belum beli, katanya dia kan pinjam dari kawan dia. Boot tu pun dalam RM70 jugak.

Aku dulu masa sekolah rendah pernah gak masuk pasukan beruniform ni. Aku masuk Pengakap atau Scout. baju kelabu seluar biru. Topi, tali pinggang, tali, pisau, kasut, stokin etc.

Sampai ke sekolah menengah hingga Form 2 aku masih lagi join. tapi tak bertahan lama sebab minat aku lebih kepada bola dan melepak di Ketapang. Lagi pun aku sorang ajer yang dalam klik aku join Pengakap, yang lain budak-budak baik ajer.

Monday, 19 March 2012

Aizat : Hanya Kau Yang Mampu (Akustik)


ku cuba redakan relung hati, bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan, bebas bermain di hatiku
cerita tentang masa lalu, cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan, kau abadi di dalam hatiku

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi, membuat ku terpuruk rasa ingin mati
derita yang mendera kapan akan berakhir, hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
cerita tentang masa lalu, cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan, kau abadi di dalam hatiku

aku cinta, aku cinta

Friday, 16 March 2012

Qaleda dengan Jadual Waktunya

Dari awal tahun aritu, baru siap Jadual Waktu kelas 2 Gigih. Aku bagi idea. Atie buat bintang yang kecik-kecik tu.

Lately ni, Fatty mesti masuk rumah bila saja aku balik kerja. Fatty akan tunggu aku buat bola dari kertas. Itu adalah kesukaannya sejak dari kecil lagi.

Tuesday, 13 March 2012

Jam 3 pagi

Aku nak menulis pasal HATI / HEART atau bahasa glamernya mungkin LOVE.

Bak kata pujangga 'Cinta Itu Buta'. Ada benarnya, sebab kerana cintalah kita lupa pada segala-galanya. Kita mudah jadi BUTA HATI. Sanggup lakukan apa saja demi cinta. yang baik mahu pun yang buruk. Konon-kononnya sebagai bukti kepada cinta kita!

Berbillion-billion manusia di dunia ni pernah jatuh cinta. Tak kira ler cinta monyet atau cinta pandang pertama. Pada aku cinta memang indah dan amat membahagiakan. Senyuman sentiasa terukir di bibir dan adakalanya senyum sorang-sorang. Angau! Rindu yang teramat sangat!

Walau banyak mana pun kita pernah jatuh cinta pasti ada satu yang paling dekat di hati kita. Bak kata pujangga 'Cinta Tak Semestinya Bersatu'. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Yang penting cinta yang satu itu pasti akan kita ingati sampai bila-bila. Sesekali bila kisah cinta yang satu itu menjelma, kita pasti tersenyum.

notakaki: tiada lagi cinta...

Mentari esok

Masa lalu jadi debu
masa kini adalah segalanya
esok belum pasti mata terbuka
hingga terlena, entah jam berapa?
hadirnya mentari esok
insyaAllah

Dia kata Tabin.. Aku jawab Tabin?

Pertama kali aku dengar pasal Tabin ni. Rupanya hutan simpan. Lebih di kenali dengan nama Tabin Wildlife Resort / Reserve.

Terletak lebih kurang 48 km dari Pekan Lahad Datu. Dari beberapa blog yang aku tengok, tempat ni agak jauh dan perlu kenderaan 4WD. Resort yang menarik dan ramai pelancung luar negara. Salah satu daya tarikan pelancung ke Sabah.

Aku pun bukannya jenis adventure sangat. Dulu masa sekolah ada gak join pengakap tapi takat join ajer, APA PUN TAK BULEH!

Monday, 12 March 2012

Kawan Baru dari Lahad Datu, Sabah

Melalui FrenClub aku dapat kawan baru dari Lahad Datu. Lebih tepat lagi dari Felda Bandar Sahabat.

Perkataan 'Lahad Datu' berasal dari bahasa Bajau, iaitu 'Lahad' bererti tempat dan 'Datu' membawa makna orang-orang kenamaan pada zaman dahulu. tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-Datu dari Kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.

Sedikit ringkasan mengenai Felda Bandar Sahabat :

Di bangunkan pada tahun 1982/83 dan terletak kira-kira 550 km ke Timur bandar Kota Kinabalu dan bandar terdekat adalah Lahad Datu iaitu lebih kurang 105 km.

Keluasannya ialah 1,182.24 hektar. Pada tahun 1985, seramai 188 keluarga dengan 22 suku kaum telah di tempatkan di sini sebagai peneroka. Setiap keluarga di peruntukkan kawasan tanah pertanian seluas 5.550 hektar atau 14 ekar dan lot untuk rumah kediaman seluas 0.101 hektar atau suku ekar. Sebelum memasuki tanah rancangan Felda, kebanyakan para peneroka bekerja sebagai nelayan dan petani.

Mempunyai kepadatan penduduk seramai 4,570 orang, terletak dalam Parlimen P.188 Silam dan DUN N.49 Tungku.

- source dari blog myblogsahabatsetiafelda

Parking di Sg Wang Plaza

Desktop ofis di serang virus lagi. Menurut kat Korie dari Runstone mungkin konflik antara dua anti-virus ataupun ada lagi virus yang hidden dalam file E walaupun file C dah reformat.

Seperti biasa tanggungjawab aku pi hantar desktop ke Runstone kat tingkat 2 di Plaza Low Yat. Oleh kerana nak jimat tenaga untuk menapak dengan membawa desktop, aku pun parking kat Sg Wang Plaza. Parking rate dia 1st 2 hours RM4.00, seterusnya RM1 per hour.

Aku kena RM5 untuk parking selama 15 minit. Bayar aje ler sebab kita dah guna kemudahan tempat tu. Satu pengajaran yang amat berharga. Next time, parking kat tempat yang RM3 iaitu disebelah Imbi Plaza. Open parking dan nak exit pun senang. Nak yang lagi okay bawa rakan yang boleh drive. Drop aje kat entrance, pastu rakan tadi ambil alih stereng dan buat pusingan mengelilingi Low Yat atau park kat mana-mana yang berkenaan. 

Sunday, 11 March 2012

Pak Tam Hashim

Pada jam 10.00 malam, ayah menerima panggilan dari Mak Cik Bibah. Pak Tam Hashim meninggal dunia lepas Asar tadi. Arwah telah lama dalam keadaan koma. Rumah arwah di Taman Melati Gombak.

Semuga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah... 

Thursday, 8 March 2012

Estranged : Baru (First Single in 2012)

Music Video Director : Nadiah Hamzah
Director of Photography : Wan Chun Hung 
Production : Wayang Works


LIRIK

kamulah impian aku, bernyala sering terpaku
apabila musnah dibuatku, ku salin mengikut sifatmu
sempurna kita membinanya, sejati cantik biasa
tak terhenti detak hatimu, yang terbaru dari hajatmu

tak perlu ku cari beribu, ku akui kamu yang satu, kau buat ku rasa baru
hasratku hanyalah untukmu percaya kepada aku sama kamu

pantas kau senyum dengan perlahan, lambat kau lihat sambil berjalan
fikiran menembusi aku, menolak ku ke arah kamu
sengaja ku lepas tangan, sebab ku tau kau akan sambutkan
senang ku hidupkan lampu itu, susah kita padamkan cinta ini

Wednesday, 7 March 2012

Cantik sudah blog aku!

Akhirnya berjaya juga meng'edit' blog dari warna hitam ke putih. Ada header image. Gambar yang aku ambil dari beranda rumah Amai di Cheras Baru. Slowly aku akan tambah lagi gadget yang patut plus artikel dan jurnal yang aku rasa menarik. Juga mengenai perjalanan hidup aku sehari-hari. Al-maklum usia pun semakin meningkat. Hakikatnya usia tidak pernah menurun sejak azali.

Bersyukur ke atas apa yang diberi olehNYA!

Monday, 5 March 2012

Sai / Sakura / Naruto (251-275)

Layan episod baru. Ahli kumpulan Kakashi yang baru. Sai mengambil tempat Sasuke dan Yamato mengambil tempat Kakashi sebagai Kapten.

Misi kali ini adalah untuk menangkap pemberi maklumat Sasori dan untuk menyelamatkan Sasuke daripada Orochimaru. Manakala Sai pula mempunyai misi tersendiri. 

Qaleda : Watikah Perlantikan Pengawas 2012

Malam tadi Qaleda dan Atie overnight. Qaleda sibuk menyiapkan tugasan Jadual Waktu kelas 2 Gigih. Aku membantu apa yang patut.

Pagi dia keluar awal ke sekolah, ada perlantikan Pengawas sekolah. Qaleda terpilih sebagai Pengawas sekolah sesi 2012. Alasan dia nak jadi pengawas adalah kerana pengawas dibenarkan membawa handphone ke sekolah.

Atie masa darjah 6 dah jadi pengawas sekolah. Qaleda pula mempunyai pengalaman sebagai Pengawas perpustakaan semasa di darjah 6 dulu. 

Kondisi Mak : Keluar Wad

Aku amik half-day arini. Siap semua tugasan BM aku balik rumah tapi terlelap. Jam 6.00 petang bergegas ke HUKM. Mak dah siap nak balik. 

Ayah ke kaunter pembayaran. Agak ramai juga yang beratur nak buat bayaran. 

Lepas serah surat discaj, kerani pun buat pengiraan dengan diskaun 50% untuk warga emas.

Jumlah yang perlu dibayar: RM1,150.50


RM112.50 Caj rawatan
RM225.00 Caj wad (Masuk 20/02/2012. Keluar 05/03/2012)
RM055.00 Radiologi
RM020.00 Ubat
RM739.00 Ujian Makmal

Sunday, 4 March 2012

Asap Luffman

My Workplace

Salam. 

Ni ler keadaannya meja kerja aku sebelum memiliki Lenovo. Hasrat di hati nak mulakan projek menulis novel. Hingga kini masih dalam stage 0.5/10. Amat jauh lagi.

Thursday, 1 March 2012

Sakura vs Sasori (226-250)

Semalam dok layan pertarungan Sakura dan Sasori. Tak sangka aku yang Sakura memang power! Sakura pula merupakan Ninja Perubatan, anak didik Tsunade. Dengan bantuan Nenek Chiyo, Sasori dapat ditewaskan. Tragis gak kisah Sasori ni. 

Sasori, cucu kepada Nenek Chiyo, seorang anak yatim piatu yang kehilangan ayah dan ibu yang tewas ditangan bapa Kakashi. Nenek Chiyo membesarkan Sasori di Kampung Pasir. Nenek Chiyo seorang yang pakar membuat dan mengendalikan boneka.

Nenek Chiyo menurunkan ilmu boneka kepada Sasori. Kerana terlalu rindukan ayah dan ibunya, Sasori telah membuat boneka ayah dan ibunya sendiri. Sasori kemudian menghilangkan diri dan menjadi ahli kumpulan Akatsuki. Akhir Sasori mati di pangkuan boneka ayah dan ibunya. 

Siri DVD Naruto yang ada dalam simpanan aku setakat ni bermula dari 1-150 dan 226-250. Slowly, coming soon aku akan cuba lengkapkan koleksi Naruto aku ni. Kenapa aku meminati siri Naruto ni? Akan aku ceritakan pada kesempatan yang akan datang.

Will on DVD

Will, the movie about an orphaned Liverpool fan who journeys across Europe to see his team play in the 2005 Champions League Final in Istanbul.

The film stars, Steven Gerrard, Jamie Carragher and Kenny Daglish, as well as actors Perry Eggleton, Damian Lewis, Bob Hoskins and Alice Krige.

"Eleven year old Will Brennan's life is turned upside down when his long-absent father reappears with tickets to the 2005 Champions League Final in Istanbul. But when fate intervenes, Will runs away to Istanbul for the biggest soccer match of the year, searching for meaning in a world that seems to have abandoned him".

Wednesday, 29 February 2012

Tahun Lompat 2012

Salam

Kita berada di hari yang ke 60 dalam tahun 2012. Hari yang ke 60 bersamaan dengan 29 Februari. Tahun lompat 4 tahun sekali. Kalau umur panjang ada 306 hari lagi.

Kepada mereka yang menyambut hari lahir yang 4 tahun sekali ni, sure akan dapat present yang kaw-kaw! Pada tahun yang bukan tahun lompat mereka menyambutnya pada 28 Feb atau 1 Mac. Okay gak tuh, janji ada yang ingat nak bagi hadiah, tak pun wish hepi besday!

Sepanjang yang aku ingat, tiada sesiapa yang aku kenal lahir pada tarikh ni. Sepanjang hari ni, bumi Cheras di landa hujan rahmat. Sejuk bumi...

Monday, 27 February 2012

Dah mula dah!

Susah nak tidur atau tidur waktu siang yang terlampau?

Jam sudah menunjukkan 4.00 pagi. Aku masih mengadap Lenovo. Lepas menyaksikan aksi penuh debar dan juga raikan kejayaan YNWA. Mata tak mahu lelap. Semalam pun sama sampai ke jam 5.00 pagi. Pagi ini banyak kerja yang ditinggalkan oleh Manager aku sebab dia bercuti ke Indon! 

Apapun semua dah settled. Gunting dan dye rambut, surat cuti Aiziq, gosok pakaian kerja dan akhirnya mengadap Lenovo. Kena buat sesuatu pasal agenda ni, kalau tak masak aku nak cover tidur! Yang perlu ingat: Usia dah lanjut dan perlu rehat yang cukup. Dan yang paling penting senaman. Kena mulakan semula acara JOGWALK kat tasik setiap petang atau awal pagi. At least for one hour for stamina etc.

Sakit jantung aku!

Final Piala Carling 2012 : Liverpool vs Cardiff

Layan final. Berdebar jantung aku bila Cardiff dapat samakan kedudukan. Lagi 3 minit sebelum tamat Extra-Time. Sepakan penalti pertama dimulakan oleh Stevie G, tak masuk! Charlie Adam pun tak masuk!

Akhirnya sepakan penalti yang terakhir Cardiff diambil oleh sepupu Gerrard. Tak masuk! Lega rasanya. Piala Liga ke-8 buat Liverpool. Sekali lagi menjadi pasukan yang paling banyak menang Piala Liga. YNWA!




CARLING CUP GLORY FOR REDS
James Carroll at Wembley

Liverpool ended their six-year wait for silverware with a dramatic penalty shootout victory over Cardiff City in the Carling Cup final at Wembley.

After the game had finished 2-2 following extra-time, the Reds prevailed 3-2 on penalties with Anthony Gerrard missing the decisive kick for the Welsh side. It meant Kenny Dalglish has led Liverpool to a trophy in his first full season back at the helm, and he'll be hoping it proves the catalyst for further success in the remainder of 2011-12.

Joe Mason had given the Bluebirds a 19th minute lead against the run of play when he crept into space inside the box and struck through the legs of Pepe Reina. Liverpool controlled the contest, but had to wait until the hour mark to equalise when Martin Skrtel pounced on a loose ball in the box to fire home after Luis Suarez's header had hit the post.

With no further goals in the 90 minutes, the teams contested half an hour of extra-time - and Dirk Kuyt fired the Reds into the lead when he found the net at the second attempt from the edge of the box on 108 minutes. However, Ben Turner netted from a goal-mouth scramble following a Cardiff corner at the death to force penalties. But it was to be Dalglish and co celebrating at the national stadium as his team lifted their first trophy since 2006.

Liverpool embarked on their journey to the cup final way back in August against Exeter City. Dalglish opted to name a strong starting XI that evening and it was a policy he kept faith with throughout the tournament as his side also overcame Brighton, Stoke, Chelsea and Manchester City en-route to a first ever visit to the new Wembley. The final naturally proved no exception with the boss making just one change to the side that had prevailed 6-1 against Brighton in the FA Cup fifth round last weekend. The fit-again Daniel Agger returned to the line-up to replace Jamie Carragher after overcoming a knock, while Craig Bellamy was named on the bench against his hometown club having returned to fitness. That meant the attacking triumvirate of Steven Gerrard, Andy Carroll and Suarez spearheaded the Reds' attack in the capital in only their second start as a trio.

Liverpool went into their first domestic final since 2006 as heavy favourites against Championship side Cardiff as Dalglish led the team out in a major cup showpiece for the fourth time. His players almost made a dream start to the afternoon inside two minutes when Glen Johnson saw an effort cannon off the underside of the crossbar following a speedy counter-attack. Gerrard could only whack the rebound over under pressure after being set up by Suarez. The move was in keeping with a positive start from the Reds - but Cardiff threatened on 11 minutes when a well-worked passage of play carved open a shooting chance for Kenny Miller, but he fired high over the bar. Back came Liverpool and Carroll's downward header from a Suarez centre had Tom Heaton scrambling across his goal-line to keep it out. But on 19 minutes, Cardiff left the travelling Kop stunned by taking the lead. Mason drifted into space behind Jose Enrique and found the back of the net with a low finish through the legs of Reina from Miller's pass.

The Reds were shaken but they set about looking to restore instant parity, and after Enrique had clipped a right-foot strike over from the edge of the box, Charlie Adam's low volley flew centimetres the wrong side of the upright. Next, an intricate one-two between Suarez and Carroll inside the box almost presented the latter with a clear shooting opportunity, but Mark Hudson was able to produce a saving challenge for Cardiff. Then, brilliant wing play from Stewart Downing allowed the winger to send in a dangerous centre which was completely missed by Jordan Henderson, before bouncing for Gerrard who struck off target.

With half-time approaching, Suarez worked space for a shot on the edge of the box, though his prod was claimed by Heaton, before the 'keeper thwarted an Agger header from a free-kick, but a flag was raised for offside. Liverpool threatened again when Andrew Taylor flung his body in the way of a seemingly goal-bound Gerrard shot from just inside the area to ensure the Championship team went into the break holding their lead. The Reds produced a commanding start to the second period, and only a fingertip save from Heaton prevented Suarez from levelling when the No.7 struck from a tight angle. Then the Uruguay striker was denied a shot on goal by a fine challenge from Kevin McNaughton before Agger glanced a header wide from a corner.

With just over half an hour left on the clock, Dalglish decided to introduce Bellamy into the action to take the place of Henderson - and the Reds were level within a minute. Carroll's header from Downing's corner was nodded on by Suarez. The ball struck the post, but broke for Skrtel who slipped home from six yards to make it 1-1. In doing so, the Slovakian became the first Liverpool player to score at Wembley since Steve McManaman in 1995.

The Reds were now firmly in the ascendancy and forced a succession of corners to hem their opponents back - and Skrtel went close with a volley which Heaton did well to collect at his near post on 74 minutes. The Cardiff stopper then had his palms stung by Downing's drill from distance, while Ben Turner headed wide at the other end when well placed. With two minutes of normal time remaining, Liverpool were afforded a real let off when a clever free-kick played Miller in behind the wall, but he could only strike his attempt well over to mean extra-time was required to try and separate the teams. Suarez twice went close in the opening stages of extra-time, first having a long-range drive turned around the base of the post by Heaton before watching his header cleared off the line by Taylor from the resulting corner.

It was another corner that fashioned the Reds' next chance, with Carroll nodding Downing's delivery just wide. It was the striker's last contribution as he was replaced by Kuyt immediately afterwards. The chances continued to come for Dalglish's men as Bellamy curled over before Johnson arrowed one off target. However, just three minutes into the second period of extra-time, Liverpool finally made their dominance pay. Kuyt strode forward and dragged a shot across goal. The ball was cleared by Hudson, but only as far as the Dutchman who found the bottom corner with an instant strike. But with just moments left on the clock, Turner squeezed the ball home following a goal-mouth scramble at a Cardiff to mean the final would be decided by penalty kicks.

Gerrard, Miller and Adam all missed the first three kicks before Don Cowie scored for Cardiff. Kuyt then netted for Liverpool and Rudy Gestede struck the woodwork to leave the teams level after three attempts each. Downing and Peter Whittingham both scored the fourth penalties before Johnson fired home leaving Anthony Gerrard needing to score for Cardiff. The Bluebirds substitute dragged wide, however, to send the travelling Kop into bedlam and ensure Liverpool's long wait for silverware was finally over.

- source from www.liverpoolfc.com

Sunday, 26 February 2012

Jin, Syaitan dan Iblis

Siapakah syaitan?

Syaitan adalah kelompok jin yang jahat. Syaitan adalah nama yang Allah berikan kepada jin dan manusia yang jahat. Ini dinyatakan dalam surah al-An'am ayat 112, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin..."

Walaupun kedapatan jin yang beragama Islam tetapi sekiranya melanggar perintah Allah, maka ia dikategorikan sebagai syaitan. Rasullulah bersabda, "Sesungguhnya di Madinah ini ada jin yang Islam, sekiranya kamu melihat mereka (di rumah kamu), maka berilah amaran selama tiga hari. Sekiranya dia masih berada selepas ini (selepas tiga hari) bunuhlah dia kerana itu adalah syaitan." (Riwayat Muslim)

Dalil di atas menunjukkan syaitan terdiri daripada jin dan manusia yang melawan perintah Allah serta mengajak kepada kemungkaran. Sifatnya adalah memusuhi dakwah para Nabi walaupun agama anutannya Islam sementelah lagi sekiranya mereka kafir.

Siapakah pula iblis?

Iblis bermula daripada jin yang bernama Azazil. Azazil adalah ketua masyarakat jin ketika Allah menciptakan Nabi Adam. Penentangan iblis kepada perintah Allah berpunca daripada perasaan sombong dan dengki kepada Adam dan manusia keseluruhannya. Azazil berasa kejadiannya lebih mulia daripada penciptaan manusia dan berpendapat golongan jin yang sepatutnya mentadbir bumi kerana mereka telah menghuni bumi 40 ribu tahun lebih awal daripada manusia. Azazil dikatakan mempunyai dua jantina. Daripadanya lahir keturunan iblis. Mereka semuanya tidak beriman dan mengepalai jin yang lain dalam usaha menyesatkan manusia.

Kesimpulannya, iblis adalah golongan jin sementara syaitan merupakan gelaran kepada mereka yang menentang Islam yang terdiri daripada jin dan manusia.

Berapa jenis kumpulan Iblis?

Kumpulan iblis membentuk satu kerajaan yang diketuai oleh Azazil yang tidak mati sehingga hari kiamat sementara keturunannya pula berusia panjang melebihi ribuan tahun. Terdapat lima jenis iblis yang paling kuat dan berpengaruh iaitu Tsabar, Dasim, al-A'war, Maswath dan Zainabut.

TSABAR berperanan menyesatkan orang yang ditimpa musibah. Tsabar membisikkan keluh-kesah dan menyalahkan ketentuan Allah kepada musibah yang dialami oleh manusia.

DASIM pula kumpulan yang berperanan memusnahkan kerukunan rumah tangga. Ia menyuburkan rasa benci, curiga, dan cemburu di antara pasangan suami isteri. Maka terjadilah pertengkaran yang diakhiri dengan penceraian.

AL-A'WAR menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan moral. Ia menaikkan syahwat kepada tubuh wanita yang bukan mahram. Wanita yang tidak menutup aurat merupakan antara kejayaan al-A'war. Apabila lelaki berdua-duaan dengan wanita bukan mahram maka al-A'war akan menggoda hati mereka ini ke arah penzinaan.

MASWATH adalah kumpulan iblis yang mencetuskan pembohongan dan fitnah. Ia memberikan idea penipuan dan membantu menyebarkan fitnah di kalangan manusia. Mana-mana media elektronik dan cetak yang disebarkan kepada manusia adalah tempat yang digemari oleh Maswath.

ZALNABUR adalah kumpulan iblis yang mengunjungi tempat-tempat manusia berkumpul seperti mesyuarat agung, perhimpunan keluarga dan diskusi berkumpulan. Ia akan membisikkan kata-kata yang mewujudkan permusuhan dan perselisihan. Ini menyebabkan hilangnya kesatuan dan adakalanya sehingga berlaku pergaduhan dan pembunuhan.

Bagaiman pula pembahagian jin?

Al-Quran dan hadis menyebut kumpulan ini berdasarkan kepada perangai mereka seperti Ifrit, al-Marid, al-Awamir dan al-Arwah.

IFRIT adalah golongan jin yang cerdik. Ifrit pernah menawarkan kepada Nabi Sulaiman untuk mengangkat istana Balqis sebelum Nabi Sulaiman sempat berdiri dari tempat duduknya sepertimana tercatat dalam surah al-Naml ayat 39 "Berkatalah 'Ifrit daripada golongan jin: Aku akan membawanya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu..."

AL-MARID adalah kelompok jin yang degil.

AL-AWAMIR pula kelompok jin yang gemar tinggal di rumah atau bangunan.

AL-ARWAh pula jin yang suka mengganggu kanak-kanak dan dikenali juga sebagai 'ummu sibyan'.

Selain itu, ada yang mengkategorikan jenis jin mengikut simpton-simpton gangguan. Sebagai contoh jin api, jin asyik, jin saka, jin kubur, jin rumah, toyol, jin tempel, jin pintar dan banyak lagi.


Petikan dari Majalah Q&A Isu #03
Ustaz Abdul Majid Hassan 
Perawat Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE)

Sudir (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)


Rasanya belum terlambat untuk mengingati beliau.

Tarikh 22 Februari 1992 jam 4.00 pagi Sudirman menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun. Di lahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 Mei 1954, sama tarikh dengan Haiqal dan Ogie. Juara Bintang RTM 1976 ini memiliki suara yang unik dan merupakan seorang entertainer. Seorang penghibur yang memang lagenda. Menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada tahun 2009. Sedar tak sedar sudah 20 tahun pemergiannya. Al-Fatihah...

TERASING

kegelisahan didalam kedinginan, meniti sepi keseorangan
sebuah kematian yang tiada bernisan, sendu mengiringi perpisahan
ruang nan luas diri bergerak bebas, namun keupayaanku terbatas
segala mimpi menjadi api, perit membakar diri
sebuah cinta dan harapan, menjadi debu berterbangan
tersekat nafasku kabur pandangan mataku, amat tersiksa diriku
kerna kehilanganmu, mengapakah terus mengharap menanti
walau cukup kusedari, kau tak kan kembali
pemergianmu mengisi kekosongan, biarpun dikau masih kuperlukan
kita dikatakan pasangan bahagia, kini terasing luka


PELANGI PETANG

ku meniti awan yang kelabu, ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi, kegelapanku
kupercaya pasti suatu masa, sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung, bersamanya
engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan, hati ini
seharian waktu bersamamu, tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti, pergi jua

Thursday, 23 February 2012

Dingin Ballarat : Bab Akhir

BAB AKHIR: "INI KUBURNYA.."

"Ini kuburnya." Tunjuk anak muda itu.

Aku menatap batu nisan. Putih bersih. Memang betul namanya. Tarikh lahirnya juga sama. Hati aku semakin sayu. Tarikh kematiannya sama dengan tarikh kelahiran aku. Airmata aku bergenang dan mengalir perlahan. Sudah lama aku tidak menangis kerananya.

Kami duduk dan membuka surah Yasin. Aku mulai membaca dan sekilas itu juga kenangan bersamanya menerpa aku. Selesai membaca aku menadah ke langit berdoa. Ada pelangi. Benar kata kamu, tanpa kita sedar, pelangi itu selalu ada.

Sesuatu: Hanya aku yang mengerti

Sesuatu
hanya aku yang mengerti
apa itu kebahagiaan
apa itu penderitaan

hakikatnya
bahagia dan derita adalah satu pilihan
yang ada dalam diri
untuk difahami untuk diterokai

andai bisa tawan bahagia
pasti bisa nikmati derita
tepuk dada tanya selera

Wednesday, 22 February 2012

Kondisi Mak

Salam.

Aku, Qaleda, Atie dan Haiqal ke PPUM dalam jam 8.00 malam. Agak ketat juga security di sana. Hanya 2 orang sahaja di benarkan masuk sehingga jam 10.00 malam. Mereka yang mahu temankan pesakit dan terpaksa bermalam di wad, mesti mengisi borang yang berwarna hijau. Waktu lawatan rasmi sehingga jam 7.30 malam sahaja. Pelawat akan di tanya nama pesakit, wad mana pesakit berada. Kemudahan komputer di gunakan untuk mengesahkan nama dan wad pesakit tadi. Setelah semuanya benar dan hanya yang benar belaka, barulah pelawat di benarkan menuju ke pintu masuk utama. Di sini berdirinya 2 lagi pengawal.

Aku dan Atie naik manakala Qaleda dan Haiqal terpaksa menunggu di lobi. Waktu kami sampai doktor sedang mengambil darah mak. Dari berita petang tadi mak telah mengalami jangkitan di buah pinggang sebelah kirinya. Itu adalah punca sebenar sewaktu dia mengadu sakit perut.

Untuk rawatan lanjut dia akan di pindahkan ke Wad 6.

Tuesday, 21 February 2012

Tiada Yang Pasti

Tiada yang pasti dalam hidup ini
segalanya adalah ketentuan
dan tinta telah kering
di beri masa suka masa duka
di ambil nyawa di mana saja
sebutir peluru
mengalir darah merah
sebiji bom
berkecai anatomi
saat jantung terhenti
tiada bernafas lagi
saat itu saja yang pasti
waktu maut masa terhenti

PPUM dan Hari Lahir 66

Salam.

19 Feb jam 9.00 malam ke PPUM. Mak mengadu sakit perut. Masuk dua hari tak buang air besar, pening dan rasa nak muntah. Kami di layan oleh HA di unit Triaj. Agak lebih kurang tanya soalan dan HA suruh jumpa doktor. Ke kaunter pendaftaran dan diberi nombor giliran 5035.


Dalam jam 11 pm baru dapat jumpa doktor di unit kecemasan. Selepas pemeriksaan lisan mak di arahkan untuk buat x-ray pada jam 12.00 pagi, 20 Feb sama dengan tarikh lahirnya. Selamat hari Lahir yang ke-66.

Kami ke unit Radiology. Ada dua pesakit menunggu giliran, sorang tak sedar diri dan sorang lagi macha baru lepas accident. Selepas x-ray, tunggu semula di unit kecemasan. Dalam jam 1.00 pagi doktor ambil ujian darah pula.

Pelbagai karenah di dalam unit kecemasan. Doktor, nurse dan kakitangan menjalankan tugas masing-masing. Aku jadi pemerhati. Best juga sesekali tengok keadaan macam ni. Tapi tak ler seteruk dalam siri Grey's Anatomy. Kira aku ada juga pengalaman dengan menonton aksi Dr Grey dalam DVD. Satu hari yang amat panjang di PPUM. Aku respect all the staff yang bertugas!

Lepas ambil ujian darah, buat pula ujian jantung. Heart rate tinggi dan tak stabil dalam 108-120. Doktor pakar jantung dengan t-shirt biru tertera Cambridge University ambil alih. Atas arahan pemuda Cambridge tadi mak di masukkan ke wad 5C katil 8 pada jam 4.30 pagi.

Jam 5.00 pagi aku, ayah dan Erin sampai ke rumah. Memang betul kata mereka yang pernah bertandang ke unit kecemasan PPUKM, jangka masa yang di ambil untuk semua ujian memakan masa dari 3 ke 4 jam dan ada juga sehingga 6 jam.

20 Feb jam 1.00 petang : Kami sampai ke PPUM, mak di bawa ke unit Radiology untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar jantung. Tak pasti dari jam berapa. Doktor bertugas bertanya pasal sejarah sakit jantung yang pernah mak alami.

Jam 6.30 petang kami ke PPUM semula. Alhamdullilah segalanya nampak okay. Heart rate mak agak stabil dalam 86-112, kekadang naik jugak ke 120.

Tak pasti berapa lama mak akan di tahan di wad.

Sunday, 19 February 2012

Burung dalam sangkar

Ni spesis terbaru my father. Aku tak pasti burung ni spesis  apa. Aku pun bukan minat sangat pasal burung ni. Yang aku minat amik gambar ajer.

Aku sedang mencuba stail Hitam-Putih atau Black and White Photography. Sekarang ni semua gambar aku amik dalam mode BW. Dalam mode ni aku boleh guna built-in Flash. Pastu edit sket dalam CS. Hasilnya agak boleh tahan untuk kamera kompak.

Slowly aku akan post hasil kerja aku dan kamera kompak kat dalam Hitam-Putih.

Versi 4.4

Salam

Hapi besday to me! Versi 4.4, dah tak boleh nak terbalik lagi dah. Kalau last year boleh gak berseloroh: "Umur ko brapa?" - "Ala... baru 34"


Aku rasa tahun ni paling best, dapat besday kad dan hadiah dari kids. Hadiahnya adalah wallet, citarasa atau pilihan Atie dan Qaleda. Wallet yang banyak compartment untuk isi kad dan tempat isi syiling.


Makin terasa tua pula. Kids dah boleh belikan hadiah. Rakan FB pun tak ketinggalan buat wish.

Semuga tahun ini semua azam dan impian aku akan menjadi kenyataan. Aku mesti berusaha sedaya upaya untuk kids dan masa depan aku, terutamanya dari segi karier dan kewangan.

Perancangan telah ada dan akan di laksanakan dalam masa terdekat dan secepat mungkin. HIJRAH!

Aktiviti hari ini :

0745 - Hantar Atie ke sekolah. Ko-Ko
0800 - Hujan pagi
0900 - Masuk ofis. Bos pula masuk lambat. Aku buat keje apa yang patut
1400 - Segera balik rumah. Cover tidor!
1430 - Hujan petang membawa ke malam
2100 - Ke Tesco dengan kids dan Erin. Masa ni ler depa pi beli kad dan wallet. Aku dengan Haiqal layan game arked : Time Crisis II
2300 - Dinner dengan Atie, Qaleda dan Haiqal. Aiziq tidor awal. Penat main Futsal agaknya

Saturday, 18 February 2012

Cinta Bagai Pasir Pantai

Cinta bagai pasir pantai
halus memutih
membahang di panas mentari
sekali ombak
sekali berubah

Cinta bagai pasir pantai
bersama seribu cerita
suka duka
tangis tawa

Friday, 17 February 2012

Idea!

Salam.

Masa tengah drive ke PB-KJ dalam kepala dok khayal (berimaginasi). Bermacam idea muncul. Semalam dengar pengalaman Encik Helmi dan pagi tadi dengan Encik Sulaiman. Mahu tak mahu kena laksanakan juga segala idea. Lebih baik tewas setelah mencuba daripada takut mencuba. Aku approach Encik Ramli. Dia kata idea okay and we will sit down to discuss further!

Thursday, 16 February 2012

Kawan

Salam.

Kalau nak cerita pasal kawan ni memang panjang. Ada kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan sukan, kawan lepak kedai mamak tengok bola, kawan perempuan, kawan ala-ala sotong dan pelbagai. Bak kata pepatah: Kawan ketawa ramai, kawan menangis sukar di cari. Apa yang penting adalah kejujuran dalam berkawan. Tak kira ler berapa lama kita kenal dengan dia, kalau dah serasi sekejap ajer mesranya. Bak kata orang sekarang ni: Sekepala, tak kira jantina boleh ngam!

Petang tadi terserempak dengan sorang kawan ni:

"Aku minta tolong sangat-sangat, sekarang dah ada RM1,200 tak cukup lagi RM300 saja. Habis duit simpanan kami keluarkan. Dah takde tempat nak minta tolong..."

"Untuk aper?"

"Tu, kawan tu nak gugurkan kandungan. Tapi bukan anak aku. Pakwe lama dia. Kejap lagi kami nak ke klinik. Mak dia akan datang esok bawa duit. Esok lusa aku bayar balik.."

Aku terkedu seketika. Memang aku pun ada masalah kewangan tapi alasannya tak munasabah bagi aku. Cuak juga nak bagi pinjam. Aku beritahu pada kawan tu, aku tak boleh tolong. Maaf.

Bukan aku tak nak tolong. Aku dah banyak tolong dia dan alasan kali ini amat berat. Mengugurkan kandungan! Aku tak mahu bersubahat. Cukup ler kejahatan yang aku dah buat selama ni. Nak tambah yang ni pula, tak sanggup aku. Biar ler orang lain yang tolong, sedara mara atau adik beradik.

Nak marah aku pun marah ler, nak putus kawan pun aku tak kisah..

Tuesday, 14 February 2012

Rest In Peace Whitney (1963-2012)

11 Februari 2012 jam 3.55 petang, berakhirnya riwayat seorang Diva, Queen of Pop. Whitney 48, menghembuskan nafas terakhir di dalam biliknya di tingkat empat di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles.

Aku masih ingat lagi lakonannya dalam filem The Bodyguard (1992) bersama Kevin Costner. Waktu ni aku dan dia sedang bercinta. Kaset soundtrack The Bodyguard pun aku ada. Memang top filem tu. Lepas tu keluar pula filem Melayu lakonan Erra Fazira dan Hans Isaac.

Whitney pernah menghasilkan tujuh album termasuk Whitney Houston (1985), Whitney (1987), I'm Your Baby Tonight (1990), My Love Is Your Love (1998), Just Whitney (2002), One Wish: The Holiday Album (2003) dan I Look To You (2010). Rekod jualan album beliau melebihi 170 juta unit. Whitney turut dinobatkan sebagai pemilik anugerah paling banyak iaitu sebanyak 415 pengiktirafan termasuk 30 trofi anugerah Billboard dan 22 trofi American Music Awards.

Salah satu lagu latest favourite aku adalah Could I Have This Kiss Forever duet bersama Enrique Iglesias.

Rest In Peace Whitney...

If I should stay
I would only be in your way
So I'll go but I know
I'll think of you every step of the way

And I will always love you
You my darling you

Bittersweet memories
That is all I'm taking with me
So good bye please don't cry
We both know I'm not what you need

And I will always love you

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of
And I wishing you joy and happiness
But above all this I wishing you love

And I will always love you
Darling I love you

I'll always love you

Last Warning!

Salam.

Sejarah pasti berulang. Atas kedegilan dan sifat yang tidak pernah mahu berhijrah, aku menerima last warning! Masuk tahun ketiga aku berkhidmat di BM. Segala urusan dalam poket aku. Bukan nak sombong tapi serba serbi aku kena buat. Nasib idea sentiasa ada untuk buat problem solving. Otak mesti ligat dan badan kena cergas. Tapi lately ni agak down sikit semangat aku dan akibatnya adalah stress dan migraine!

Mesti bangkit dengan pelbagai idea baru dan terus melakukan HIJRAH!

Friday, 10 February 2012

KFC : Pekerja dan Pelanggan

Agak hangat juga isu ni. Pelbagai pendapat di beri melalui FB dan YT. Siap dengan sidang akhbar oleh pihak pelanggan. Isu saman, provokasi dan perkauman. Pasal perut lapar, letih bekerja, penat menunggu dan pelbagai alasan lagi.

Aku pernah juga menunggu pesanan di KFC tapi tidak ler sampai 45 minit atau 1 jam. Lama tuh! Kalau dah panjang sangat Q nya, aku akan ke cawangan lain, atau simpan niat nak makan KFC tapi cari fast food yang lain. Cawangan KFC bersepah kat Malaysia ni. Tak cukup dengan KFC kita ada McD, A&W, Kenny Rogers,  Nando's, dan pelbagai restoran internasional mahupun local yang jual ayam. Meski pun tak sama, better go elsewhere kalau dah penat menunggu. Kalau sampai kena bergaduh pasal ayam, sorry to say memang stupid. Kalau dah darurat sangat tu logik jugak. Aku mempunyai senarai restoran yang aku blacklist sebab service tak bagus, masakan tak sedap, tak bersih dan harga mahal.

Ada sekali tu dalam menu aku tengok garlic bread dia macam kat pizza hut punya. Menu dia memang lawa dan menarik. Siap dengan sejarah dan tawaran untuk buka franchise. Aku pun order ler garlic bread dan kopi (pakej minum petang). Yang datang kopi hampir sejuk dan garlic bread dia guna roti putih biasa ajer dengan garlic spread kat atasnya. Memang hampeh! Nak ajer aku panggil manager restoran tuh. Tapi tak sampai hati plak. So, aku blacklist restoran tu. Begitulah adanya. Bak kata pepatah: Don't judge the book by it's cover.

Walau apa pun benda dah berlaku! Harap isu ini tidak menjadi besar dan berterusan. Nak saman, saman ler. KFC company besar, boleh bayar. Dan walau apa isu sekali pun orang tetap ke KFC jugak. Cuma jangan ada isu yang membabitkan perkauman kerana isu ini amat sensitif dan harap tidak ada pihak yang ambil kesempatan dan membesarkan isu ini.

Thursday, 9 February 2012

Lihat dan Dengar Apa Yang Patut

It's all about money! Expenses such as pocket money, top-up, tuition fees, McD, etc, etc and etc.

Makin besar periuk makin besar keraknya. Itu pepatah lama yang masih di gunakan dan memang tepat sekali. Banyak mana pun pendapatan kita, tak pernah cukup. Yang paling penting cuba belajar untuk hidup secara sederhana, tetapi keinginan tetap ada.

Buat masa ini aku hanya membantu apa yang patut for my kids. Secara jujur poket dan akaun aku sendiri pun paras hidung saja. Apa yang termampu, aku akan cuba laksanakan sebaik mungkin.

Buka mata. Buka telinga. Lihat dan dengar. Aku akan cuba usahakan setiap keinginan mereka. Harap mereka faham.

Wednesday, 8 February 2012

Cari cover Samsung Y

Siang tadi agak sibuk melayan karenah dua anak dara (Qaleda & Atie). Sibuk nak beli cover Samsung Y mereka.

Kami terus ke Leisure Mall, floor yang biasa ada jual phone pulak tutup untuk renovation gamaknya.

Tak pasti nak kemana kami terus ke tempat favourite aku iaitu kedai buku Popular. Ramainya orang! Aku sambar dua majalah fotografi, Digital Camera dan Fotografika. Parking kat Leisure Mall time weekend sekali masuk RM3.50, mahal jugak!

Masing-masing mengadu lapar. Yang sorang nak McD yang sorang lagi nak nasi. Keluar parking hujan lebat. Terlintas on-the-way balik kat Giant ada banyak kedai phone. Kami singgah dan dapat cover phone plastik yang mereka berkenan. Berharga RM15 x 2, jadinya RM30 (aku lupa plak nak minta diskaun kat amoi tu).

Dengan perut kami yang semakin lapar, kami ke McD, pekena Spicy McChicken, Fries dan Coke.

Haiqal Accident!

Salam.

Haiqal kejutkan aku pagi tadi "Haiqal accident, Haiqal accident". Kepala bertampal putih.

Antara dengar tak dengar ianya berlaku semasa mereka bercuti di Langkawi. Dia meluru sebaik sahaja keluar dari van (rasanya). Kereta langgar dan dia jatuh ke jalanraya. Aku masih tak dapat cerita sebenar. Biasanya dia cukup berhati-hati bila melintas jalan, malang tidak berbau. Kena lebih berhati-hati lagi!

Siang tadi his mom bawa dia ke klinik dan mungkin esok akan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sepanjang hari dia sibuk melayan anak kucing. Semuga semuanya berjalan lancar dan tiada apa yang merisaukan.

Amin...

Tuesday, 7 February 2012

Aku

bibir tersenyum
hati menangis
cinta terlarang
cinta terbuang
simpan sayang
simpan hati
sampai mati..

Bila mata tak mahu pejam

Salam.

Macam-macam dok main di fikiran. Semakin lama amat meletihkan. Bayangan silam masih sukar di padam. Masih segar dan seakan baru ianya semalam berlaku. Banyak perubahan atau HIJRAH yang perlu di lakukan, semuanya memerlukan pengorbanan dan ketabahan yang jitu. Masa terus pantas berlari.

Semakin berat ujian yang di berikan...

Bukan mengeluh. Sekadar memikirkan  esok yang mendatang. Sehingga mata boleh kembali pejam.

Monday, 6 February 2012

Coming Soon : Project A2200 Black & White

Project A2200 Black & White bukan projek haram atau illegal. Aku nak buat street photo shoot di tempat yang pernah aku lepak sewaktu zaman persekolahan dulu. Pasti banyak yang dah berubah.

Langkah pertama: kena buat list tempat yang sewaktu dengannya!

Harap projek ni akan berjalan lancar dengan izinNya jua. Amin...

Rindu

diri usang yang usai
kian mengamit rindu yang silam
yang hadir dalam rupa mimpi yang panjang
dan lena yang sering merasuk emosi

bila tersedar
diri masih mencari erti

di tanya pada bantal, kaku bisu
di tanya pada tilam, basah lagi
di tanya pada gebar, sepi melayang

masih adakah rindu yang tersisa?

Tentang Kamu II

terima kasih atas segalanya
kesudian semalam amat aku hargai
bagai pantai
bagai ombak
bagai pelangi
bagai segalanya yang indah

suatu masa yang pernah aku tagih
yang pernah aku impikan
menjadi sahabat dan kekasih

teman yang cukup memahami
nama kamu tetap terpahat indah

berikan aku kekuatan untuk melupakan segalanya
tentang kamu...

Salam Maulidur Rasul 1433H

Di dalam al-Quran, bab al-Ahzab ayat Allah menyatakan yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Al-Nasai dan Ibu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

Bacalah selawat, "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'inn."

Maksudnya, "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga, dan sekalian sahabat-sahabat beliau."

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki."

Kelahiran ini adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

- petikan dari Biografi Muhammad Bin Abdullah (Perjalanan Hidup Seorang Nabi).
Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Prof. madya Dr. Noor Naemah Abd. Rahman terbitan PTS.

Movie : 002


Lepas tengok War Horse aku teringat kisah kuda yang bernama Hidalgo, dari breed Mustang. Comot hitam putih. Macam tak sudah warnanya.

Harry Potter and the Philosopher's Stone. Pertama kali Harry menjejak kaki ke Hogwarts. Filem ini di tayangkan pada tahun 2001.

Moneyball lakonan Brad Pitt. Macam okay ajer. So, layan...

Sunday, 5 February 2012

Dingin Februari

dalam kedinginan
aku masih mencari pemilik sekuntum mawar merah
aku masih menulis bait-bait puisi
dan februari datang lagi

segamit usia meningkat
sekelumit rindu menjadi dendam

Saturday, 4 February 2012

Reunion CRS8185 : Pertama 2008


Pertama kali berjumpa setelah berrpisah pada tahun 1983 (SRP) dan 1985 (SPM). Pada waktu ini kami semua berusia 40 tahun. Bak kata pepatah "life begins at 40".

Amran, Rahman, Azam, Amai, Azmin, Rosly, Sofian, Yunus, Yem, Zainal, Tun, Ghazali, Yasri, Komando, Mok, Asri, Gogo, Bob, Amin, Nasir, Joe, Ai, Musang, Abang dan Yusri.

Tahun 2008 juga telah menemukan semula aku dengan best friend.

Friday, 3 February 2012

Movie : Minggu Ini

Minggu ini cuti panjang. Maulud Nabi pada hari Ahad 6 Feb maka pada hari Isnin 7 Feb cuti ganti. Pada hari Selasa 8 Feb pula Malaysia akan menyambut hari Thaipusam. Meriah sungguh Public Holiday di Malaysia.

Kids pula bercuti ke Langkawi. Aku pula tiada perancangan untuk ke mana-mana. Maka perancangan dalam minggu ini adalah layan movie, update blog, layan movie lagi dan update blog lagi dan lagi. Aku sambar tiga DVD iaitu The Big Year, The Breaking Dawn Part 1 dan The Girl with the Dragon Tattoo. Taukeh tu kata clear copy!

Kenapa dengan tiga movie ni yang aku pilih?

Big Year sebab ada Steve Martin, macam menarik ajer. Breaking Dawn pula sebab nak tahu sambungan cinta terlarang di antara Vampire, Werewolf dan Manusia. Dragon Tattoo pula kerana adanya Daniel Craig, cerita ini adalah adaptasi dari sebuah novel Sweden karya Stieg Larsson.

Enjoice!

Laksamana Sunan

Karya Ramlee Awang Murshid, novelis thriller no. 1 Malaysia.

Aku sendiri tak pasti kenapa aku boleh pilih novel ni. Sebetulnya tak ingat. Sekali baca Bagaikan Puteri aku bagaikan terpaku dan terus berminat untuk mengikuti kisah Laksamana Sunan hingga ke akhirnya. Bab demi bab dan novel demi novel, akhirnya ke Sutera Bidadari. Ternyata kisah Laksamana Sunan memang istimewa. Tahniah buat RAM.

Aku rekomen kepada best friend aku. Macam biasa aku check FB dia dan ada komen tentang Laksamana Sunan. So, at least dia terima saranan aku untuk membaca novel yang bagus ini!

Laksamana Sunan adalah seorang hero yang lain dari yang lain. Siapa di antara pengarah atau penerbit yang berani membuat filem mengenai hero Melayu ini.

Walaupun ianya adalah satu fantasi karya RAM tapi kisah dan perwatakan Laksamana Sunan begitu menarik sekali. Hopefully ada yang sudi membawa kisah Laksamana Sunan ke layar perak. Pasti akan sama hebat dengan Harry Potter mahu pun kisah Lords of the Ring.

InsyaAllah!

Humor : 001


Movie : The Shawshank Redemption

Movie : War Horse


Kamu

derita aku hanya satu
tinggalkan kamu

cinta aku hanya satu
ada bersama kamu

hati aku
jiwa aku
ada kamu

tinta telah kering
pelangi?
tanpa tujuh warnanya

Tentang Kamu

bebaskan aku wahai kawan
dari belenggu rindu
dan kesalan masa silam

aku bukan pilihan
dengan aksi bagai syaitan
tiada paksi yang berubah

aku, dia dan rindu
tetap ada selagi hayat
dan sebelum menutup mata
aku bisik pada rindu itu
ku tepuk pada bantal bogel
agar mimpi aku adalah tentang kamu

segalanya tentang kamu