19 Feb jam 9.00 malam ke PPUM. Mak mengadu sakit perut. Masuk dua hari tak buang air besar, pening dan rasa nak muntah. Kami di layan oleh HA di unit Triaj. Agak lebih kurang tanya soalan dan HA suruh jumpa doktor. Ke kaunter pendaftaran dan diberi nombor giliran 5035.
Dalam jam 11 pm baru dapat jumpa doktor di unit kecemasan. Selepas pemeriksaan lisan mak di arahkan untuk buat x-ray pada jam 12.00 pagi, 20 Feb sama dengan tarikh lahirnya. Selamat hari Lahir yang ke-66.
Kami ke unit Radiology. Ada dua pesakit menunggu giliran, sorang tak sedar diri dan sorang lagi macha baru lepas accident. Selepas x-ray, tunggu semula di unit kecemasan. Dalam jam 1.00 pagi doktor ambil ujian darah pula.
Pelbagai karenah di dalam unit kecemasan. Doktor, nurse dan kakitangan menjalankan tugas masing-masing. Aku jadi pemerhati. Best juga sesekali tengok keadaan macam ni. Tapi tak ler seteruk dalam siri Grey's Anatomy. Kira aku ada juga pengalaman dengan menonton aksi Dr Grey dalam DVD. Satu hari yang amat panjang di PPUM. Aku respect all the staff yang bertugas!
Lepas ambil ujian darah, buat pula ujian jantung. Heart rate tinggi dan tak stabil dalam 108-120. Doktor pakar jantung dengan t-shirt biru tertera Cambridge University ambil alih. Atas arahan pemuda Cambridge tadi mak di masukkan ke wad 5C katil 8 pada jam 4.30 pagi.
Jam 5.00 pagi aku, ayah dan Erin sampai ke rumah. Memang betul kata mereka yang pernah bertandang ke unit kecemasan PPUKM, jangka masa yang di ambil untuk semua ujian memakan masa dari 3 ke 4 jam dan ada juga sehingga 6 jam.
20 Feb jam 1.00 petang : Kami sampai ke PPUM, mak di bawa ke unit Radiology untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar jantung. Tak pasti dari jam berapa. Doktor bertugas bertanya pasal sejarah sakit jantung yang pernah mak alami.
Jam 6.30 petang kami ke PPUM semula. Alhamdullilah segalanya nampak okay. Heart rate mak agak stabil dalam 86-112, kekadang naik jugak ke 120.

No comments:
Post a Comment