Pada mulanya Qaleda yang gedik sangat nak Samsung Y ni. Android pulak tuh! Atie sekadar mahukan Samsung Corby II sahaja.
Sudah agak lama Qaleda tuntut phone ni, sebagai hadiah harijadi dia yang ke-14 pada 13 Januari lepas. Aku top-up sikit untuk laksanakan hasratnya.
Atie pun aku kena top-up juga, sebagai hadiah UPSR dia yang dapat 4A1B dan hadiah harijadi dia ke-12 pada 28 Oktober lepas.
Haiqal pula sibuk nak main game Android, ternyata dia lebih advanced dari aku. Aiziq pula mahukan gitar elektrik 2nd kot. Apa pun aku kena laksanakan hasrat mereka sedaya mungkin.

No comments:
Post a Comment