Thursday, 16 February 2012

Kawan

Salam.

Kalau nak cerita pasal kawan ni memang panjang. Ada kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan sukan, kawan lepak kedai mamak tengok bola, kawan perempuan, kawan ala-ala sotong dan pelbagai. Bak kata pepatah: Kawan ketawa ramai, kawan menangis sukar di cari. Apa yang penting adalah kejujuran dalam berkawan. Tak kira ler berapa lama kita kenal dengan dia, kalau dah serasi sekejap ajer mesranya. Bak kata orang sekarang ni: Sekepala, tak kira jantina boleh ngam!

Petang tadi terserempak dengan sorang kawan ni:

"Aku minta tolong sangat-sangat, sekarang dah ada RM1,200 tak cukup lagi RM300 saja. Habis duit simpanan kami keluarkan. Dah takde tempat nak minta tolong..."

"Untuk aper?"

"Tu, kawan tu nak gugurkan kandungan. Tapi bukan anak aku. Pakwe lama dia. Kejap lagi kami nak ke klinik. Mak dia akan datang esok bawa duit. Esok lusa aku bayar balik.."

Aku terkedu seketika. Memang aku pun ada masalah kewangan tapi alasannya tak munasabah bagi aku. Cuak juga nak bagi pinjam. Aku beritahu pada kawan tu, aku tak boleh tolong. Maaf.

Bukan aku tak nak tolong. Aku dah banyak tolong dia dan alasan kali ini amat berat. Mengugurkan kandungan! Aku tak mahu bersubahat. Cukup ler kejahatan yang aku dah buat selama ni. Nak tambah yang ni pula, tak sanggup aku. Biar ler orang lain yang tolong, sedara mara atau adik beradik.

Nak marah aku pun marah ler, nak putus kawan pun aku tak kisah..

No comments:

Post a Comment