
Canon EOS888, kamera SLR aku yang pertama. Guna filem. Mula belajar pasal ASA100, 200 dan 400. Masa tu kena beli filem murah di Mydin dan cuci gambar di Jalan Silang.
Aku dah lupa nama kedai gambar tu. Banyak juga modal nak beli filem dan cuci gambar. Cuci saiz 4R, rasanya 35sen sekeping dan proses RM5. Kalau dah 3 rol (36 keping x 3), brapa?

Nikon F80, kamera SLR aku yang kedua. Masa ni aku terus mengikuti kelas intensif di Redzuan PhotoMaster di Kompleks Pertama di bawah tunjuk ajar Pak Wan dan Encik Ikhlas.
Syok juga dapat belajar teknik dan cara mengambil gambar yang betul. Pak Wan juga mengajar beberapa istilah fotografi yang sampai sekarang ni aku sendiri pun tak faham. Di antaranya adalah Bokeh, Aperture, Exposure, Depth of Field, ISO atau ASA dan lain-lain.

Nikon D70s, adalah kamera DSLR aku yang pertama. Masa ni zaman digital dan kamera ditigal nikon yang pertama waktu itu adalah D100, kamera yang high-end. Lepas itu keluar pula D70. Akhirnya keluar versi up-grade D70s.
Waktu ini aku mula ambil job wedding. Yang pertama sekali di Kampung Melayu Subang. Memang hampeh! Pertama kali buat job tanpa pengalaman. Aku belasah aje. Hasilnya amat kurang memuaskan. Tapi aku teruskan juga dengan beberapa job yang lain dan belajar melalui kesilapan. Waktu tu jurufoto yang paling top adalah Encik Saiful Nang dengan Candid Syndrome.
Aku mula mengenali tentang lensa dan juga flash. Sekadar termampu aku beli SB800, 70-30mm (cap ayam tapi bagus), 50mm dan sempat juga merasa VR 18-200mm. Memang serius tahap gaban masa tu nak buat job wedding. Sampaikan backdrop pun aku beli, siap dengan stand sekali. Beg kamera dan aksesori lain yang di perlukan untuk penjagaan kamera. Majalah dan buku tentang kamera jangan cakap ler, apa yang ada aku beli sekadar yang mampu.. every month majalah mesti beli!
Aku juga berkesempatan mengikuti kursus Flash bersama Ted Adnan. He's a very nice person!
Laman web yang paling gempak adalah Fotopages. Memang best! Lepas tu aku mula mengenali Flickr dan lain-lain lagi. Aku juga mula mengenali nama-nama besar dalam bidang fotografi, di antaranya adalah Ted Adnan, Shahrin, Bustamam, Adan, Bazuki dan beberapa jurufoto amatur yang talented dan gifted.

Nikon D40x, adalah kamera DSLR aku yang kedua. Zaman kemelesetan ekonomi aku akibat kecuaian sendiri. Kamera ni aklu beli sekadar suka-suka sahaja tapi aku sempat juga buat job wedding dengan hanya satu D40x dan SB900. Sorang-sorang pulak tu, pengalaman mendewasakan aku dalam dunia fotografi. Hasilnya agak bagus! Klien puas hati.
Kamera ni yang paling best sebab aku dapat captured best friend aku semasa kami di Taman Bukit Jalil dan Taman Tasik Permaisuri. Aku sempat juga bagi beberapa tips dan ternyata dia juga minat dengan fotografi.
Akhirnya dengan berat hati, aku terpaksa jual kamera ni kepada student ITM. Kawan dia guna Canon 1000D. Kalau nak compare memang dua-dua Entry Level. Dia tanya aku mana bagus? Bak kata Encik Mohas "Semua kamera bagus, especially kamera Jepun. Yang penting orang yang gunakannya, bagus ke tak..." Encik Mohas dengan kamera Canon 5D, membuatkan aku jatuh cinta pula pada Canon. Sememangnya 5D adalah kamera high-end, especially untuk landscape dan 5D adalah kamera full-frame. Harganya pula berbelas ribu!

Akhirnya, setelah beberapa tahun tanpa kamera. Aku sambar satu kompak Canon A2200. Walaupun hasil gambarnya tak seberapa, cukup untuk mengabadikan kenangan dan mempraktikkan semula apa yang telah aku pelajari. Sedikit sebanyak dapat mengasah semula skill dan juga cara 'melihat melalui lensa kamera' atau Art of Seeing!
Kini Canon PowerShot A2200 yang menjadi teman aku, kamera ni juga mempunyai perakam video HD. Aku test masa majlis pertunangan Alin & Ekin. Okay jugak!

No comments:
Post a Comment