Monday, 6 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Di dalam al-Quran, bab al-Ahzab ayat Allah menyatakan yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Al-Nasai dan Ibu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

Bacalah selawat, "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'inn."

Maksudnya, "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga, dan sekalian sahabat-sahabat beliau."

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki."

Kelahiran ini adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

- petikan dari Biografi Muhammad Bin Abdullah (Perjalanan Hidup Seorang Nabi).
Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Prof. madya Dr. Noor Naemah Abd. Rahman terbitan PTS.

No comments:

Post a Comment